Jenis: Cerpen
Genre: Cyberpunk, Sains Fiksyen
Terbitan: Antologi Cerpen Sains Fiksyen dan Fantasi “Daun Paku Ungu“, diterbit pada April 2016. Penyelenggara: Nurul Azura dan Penyunting: Imaen,
Terbitan: JS Adiwarna
Latar Belakang
Cerpen asal bertajuk Undercover in Tanah Firdaus telah diterbitkan dalam antologi Cyberpunk: Malaysia disunting Zen Cho, dan diterbit Fixi Novo pada Januari 2015. Menyamar merupakan penulisan semula/penterjemahan ke dalam Bahasa Melayu.
Undercover pernah diberi pengiktirafan tersenarai dalam koleksi “Science Fiction Short Stories” semasa 2015 SciFi Film Festival, suatu festival Fiksyen Sains & Fantasi antarabangsa yang diadakan di Parramatta, Australia. Salinan Undercover in Tanah Firdaus boleh baca secara percuma di laman Festival tersebut.
Sinopsis
Pada tahun 2089, Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya terbahagi dua. Orang-orang atasan tinggal di Aras Firdaus, disediakan makanan, kemudahan serta kelengkapan yang terbaik. Manakala, orang-orang yang tertindas tinggal di Aras Tanah, tanpa akses ke sinar matahari, dengan bertahan menggunakan sumber yang tak seberapa. Pihak pemerintah, Gabungan Bersatu (dengan ibu pejabatnya di Firdaus), menghadapi serangan dari puak rintangan Tanah, Kumpulan Rintangan Negara (KRN). Menggunakan implan teknologi siberbionik, Gabungan memasukkan minda dan aliran kesedaran milik Inspektor Moktar Ghazali ke dalam tubuh seorang penduduk Tanah yang ditangkap, dan menghantar Insp. Moktar untuk suatu misi menyamar. Tugasnya: menyusup masuk KRN dan menanam virus ke dalam kerangka utama komputer mereka.
Image Credit: Alex Wong